Keluasan Islam

الله ابتعثنا لنخرج من شاء من عبادة العباد إلى عبادة الله، ومن ضيق الدنيا إلى سعتها، ومن جور الاديان إلى عدل الاسلام، فأرسلنا بدينه إلى خلقه لندعوهم إليه، فمن قبل ذلك قبلنا منه ورجعنا عنه، ومن أبى قاتلناه أبدا حتى نفضي إلى موعود الله.

“Allah telah mengutus kami untuk mengeluarkan siapa saja yang Dia kehendaki dari penghambaan terhadap sesama hamba kepada penghambaan kepada Allah, dari kesempitan dunia kepada keluasannya, dari kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam. Maka Dia mengutus kami dengan agama-Nya untuk kami seru mereka kepada-Nya. Maka barangsiapa yang menerima hal tersebut, kami akan menerimanya dan pulang meninggalkannya. Tetapi barangsiapa yang enggan, kami akan memeranginya selama-lamanya hingga kami berhasil memperoleh apa yang dijanjikan Allah”

Inilah ucapan Rib’ie bin ‘Amir Ath-Thaqafi r.a. ketika beliau diutus oleh Sa’ad bin Abi Waqqash  r.a. bila berhadapan dengan Rustam, panglima tentera Farsi. Rib’ie bin ‘Amir bukanlah seorang sahabat yang besar, beliau hanyalah dikenali kerana insiden ini. Tetapi misi Islam telah difahami oleh setiap lapisan generasi sahabat sehingga seorang yang miskin dan orang bawahan seperti Rib’ie bin ‘Amir mampu berdepan dengan seorang pembesar Farsi dan menyampaikan misi Islam dengan tepat.

Keluasan syari’at Islam telah dibawa oleh para sahabat ke seluruh dunia yang sebelumnya tidak mengenal erti keterbukaan dan keluasan agama. Tamadun Farsi adalah satu kerajaan yang zalim dan menindas, sementara tamadun Rom meletakkan rakyat jajahannya sebagai rakyat kelas 2. Dunia akhirnya, dengan Islam dan syari’atnya telah memulakan satu era manusia yang saintifik, terbuka, luas dan inklusif.

Leave a comment