Assalamu’alaikum Dunia – A case for Syari’ah Intelligence

Assalamualaikum kepada sahabat yang mengenali diri saya dan yang ingin mengikuti blog ini. Blog ini saya mulakan kerana timbul keinginan menulis tentang ilmu yang hanya sedikit di dada. Dalam setahun yang lepas, semenjak saya mula berkecimpung dengan Hidayah Centre Foundation, banyak ilmu yang saya timba.

Bertuah rasanya diri ini yang berlatarbelakang pendidikan perakaunan dan kini bekerja di bidang IT, dapat berguru dengan pendakwah-pendakwah veteran di Hidayah Centre Foundation. Yang paling teruja ialah bila berpeluang bersemuka dan berguru dengan Sheikh Nurudeen Lemu, Assistant Director of Dakwah Institute of Nigeria. Ilmunya cukup luas, kupasannya mendalam, sungguh bijaksana dalam menerangkan isu-isu perbezaan dalam agama. Walaupun hanya mampu meneguk setapak tangan dari kolam yang luas, terasa puas dan nikmat. Pun begitu tidak menghilangkan kedahagaan untuk menambah ilmu di dada.

Topik yang paling saya minati ialah usul-fiqh dan maqasid syar’iyah. Rasanya tidak keterlaluan jika saya wujudkan blog ini kerana ingin berkongsi ilmu tentang usul-fiqh dan maqasid syar’iyah walaupun hanya sekadar peringkat pengenalan sahaja.

Walaupun amat kerdil diri saya kalau dibandingkan dengan para asatizah yang belajar secara rasmi dalam bidang diniyah/keagamaan, tapi mungkin perkongsian dari seorang yang bukan berpendidikan agama mampu memberi nafas baru tentang topik ini. Mungkin faktor ini akan membolehkan orang awam untuk lebih memahami topik ini. آمين .

Kalau kita biasa mendengar istilah-istilah seperti emotional intelligence, financial intelligence, spiritual intelligence, jadi blog ini berusaha menanamkan pendidikan syari’ah intelligence. Di zaman globalisasi, teknologi komunikasi kini membolehkan seorang muslim melihat pandangan-pandangan dan fatwa-fatwa melangkau sempadan geografi, daerah, negara dan budaya, rasanya amat perlu rakyat marhain seperti saya memiliki syar’iah intelligence. Punya ilmu minima mengenai metodologi dalam syari’at yang cukup untuk memahami prinsip-prinsip di sebalik perbincangan para ilmuan Islam, mampu mengenal fatwa bogus, fatwa yang cetek berbanding fatwa yang mempunyai asas hujah yang baik.

Syari’ah Intelligence bukan ingin melahirkan seorang yang mampu berijtihad, malah bukan juga untuk melahirkan seorang pakar syari’ah, bukan juga untuk melahirkan seorang ustaz, tetapi ia bertujuan supaya seseorang itu mampu mengikuti apa yang dibincangkan oleh pakar syari’ah. Secara tidak langsung dia mampu membezakan seorang yang pakar syari’ah dan seorang yang hanya mengaku pakar tetapi sebenarnya cetek ilmu tentang syari’ah.

Harapan saya ialah blog ini mampu menyumbang ke arah matlamat ini. آمين .

Burhanuddin Ab Ghani
Kuala Lumpur, 11 November 2015

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s